Salleh

Salleh ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang terkenal sebagai “lelaki lembut”, iaitu lelaki yang bersifat keperempuanan.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Salleh
Nama panggilan Abang Salleh
Salleh
Sally
Silly (Muthu)
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Pemburu haram (dahulu)
Peniaga dalam talian
Pengusaha ‘Jari-Jemari Salleh’
Pustakawan
Pengarah filem
DJ Radio
Hobi Menggubah dan menghias barangan pengantin
Melayari Internet
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Jari-Jemari Salleh
Keluarga Tidak diketahui

Rupa

Muka Salleh berbentuk segi tiga dan bentuk badannya kurus langsing. Dia selalu memakai kain merah pada kepalanya. Walau bagaimanapun, dia kelihatan tidak lagi memakai kain merah itu pada musim ke-14.

Perwatakan

Sebagai lelaki yang berjiwa perempuan, Salleh gemar menggelar dirinya sebagai “Sally”. Bukan setakat keperempuanan, malah cepat berang apabila berdepan dengan situasi yang menyusahkan, khususnya apabila Upin, Ipin dan kawan-kawannya mengusik kerjanya atau mengusik harta bendanya. Apapun, Salleh dianggap peramah oleh kanak-kanak kerana bijaksana dalam banyak perkara, apalagi berkali-kali bertukar pekerjaan sepanjang siri ini, baik sebagai pustakawan mahupun peniaga Internet.

Walau bagaimanapun, kesan daripada berkawan dengan Izham dan Badrol, perwatakan Salleh bertukar kepada menjadi lebih kejantanan.