Ros

Ros ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin, dan cucu kepada Opah. Upin, Ipin dan kawan-kawan yang sebaya dengan mereka semua memanggilnya Kak Ros.

Maklumat peribadi
Nama sebenar
Nama panggilan Kak Ros
Akak (oleh Upin dan Ipin)
Kaum Melayu
Jantina Perempuan
Umur Tidak diketahui
Warna mata Hitam
Rambut Tidak diketahui
Pekerjaan Pelajar
Pelukis komik
Hobi Melukis komik
Menyanyi
Status Hidup
Sekutu Keluarga Opah
Kampung Durian Runtuh
Keluarga Upin dan Ipin (Adik lelaki)
Opah (Nenek)
Abdul Salam (Ayah)

 

Rupa

Ros ialah seorang gadis remaja yang belajar di sekolah menengah. Di rumah, Ros sentiasa memakai baju kurung. Tetapi pemakaiannya berubah sejak beberapa musim terbaru; dia kelihatan berpakaian baju berlengan panjang berwarna merah jambu keunguan dan berseluar seakan seluar sukan yang panjang. Dia hanya bertudung jika sewaktu hari bersekolah, atau berhari raya.

Perwatakan

Ros bersikap tegas terhadap adik-adiknya, dan sering memarahi Upin dan Ipin sesekali dia mendapati mereka bernakal. Kadang-kadang sikap tegas terhadap adik-adiknya itu ditegur oleh Opah yang lebih berlembut dengan adik-beradik kembar itu. Sungguhpun demikian, Ros tetap menyayangi Upin dan Ipin walau apapun.