Rajoo

Rajoo ialah seorang kawan kepada Upin dan Ipin yang lebih besar umurnya. Dia merupakan seorang watak penting dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, dan juga muncul dalam siri TV Upin & Ipin sehingga penampilannya yang terakhir dalam musim ketiga. Akan tetapi, dia muncul semula dalam iklan ucapan Deepavali 2012 dan episod Pesta Cahaya, musim kesepuluh.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Rajoo
Nama panggilan Thamby (Muthu)
Rajoo
Kaum India
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Hitam
Rambut Putih (Uban)
Pekerjaan Tidak diketahui
Hobi Bermain alat muzik
Bermain bersama Sapy
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Keluarga Muthu (bapa)

Rupa

Rajoo ialah seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang kurus-kering. Rambutnya cuma seikal di tengah-tengah kulit kepala yang disikat ke dahi. Di antara bulu keningnya terdapat sebutir bindi yang menandakan dia beragama Hindu. Dia sering memakai baju singlet yang berwarna biru gelap.

Perwatakan

Dalam filem Geng, Rajoo menunjukkan kebolehan istimewanya iaitu boleh bercakap dengan haiwan, terutamanya lembu belaannya, Sapy, apatah lagi makhluk-makhluk ganjil seperti Oopet.

Trivia

  • Geng: Pengembaraan Bermula merupakan penampilan terakhirnya beserta dengan suara. Menurut Hj. Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque, Rajoo terpaksa dikeluarkan daripada senarai watak Upin & Ipin kerana kesukaran bagi pelakon suaranya, Kannan a/l Rajan untuk membawakan watak ini susulan banyak studio perfileman yang menawarkannya untuk berlakon dalam filem mereka selepas kejayaan filem pertama Les’ Copaque itu.
  • Selain Badrol dan Lim, Rajoo merupakan antara watak terawal yang diperkenalkan oleh pihak Les’ Copaque, iaitu sewaktu filem pendek keluaran syarikat, iaitu Geng: The Beginning mula ditayangkan pada tahun 2006.