Opah

Mak Uda ialah nenek sebelah ibu kepada Upin, Ipin dan Ros dan ketua keluarga mereka, dan lebih mesra dikenali sebagai Opah oleh cucu-cucunya dan kawan-kawan mereka.

Maklumat peribadi
Nama sebenar Siti
Nama panggilan Uda (Tok Dalang, Ah Tong)
Mak Uda (Salleh)
Cik Siti (Ghani)
Kaum Melayu
Jantina Perempuan
Umur Tidak diketahui (warga emas)
Warna mata Hitam
Rambut Tidak diketahui (memakai anak tudung)
Pekerjaan Penoreh getah, Pekebun kecil
Hobi Menonton televisyen, Berkebun
Status Hidup
Sekutu Keluarga Opah
Kampung Durian Runtuh
Keluarga Upin (Cucu kembar)
Ipin (Cucu kembar)
Ros (Cucu sulung)
Abdul Salam (Anak lelaki)
Ghani (Suami)

 

Rupa

Muka Opah berbentuk segi lima, dengan tahi lalat pada pipi kirinya. Dia selalu memakai baju kurung biru muda berbunga biru biasa, sarung perang bercorak batik, dan alas kepala biru. Pada musim raya, dia gemar berpakaian serba hijau.

Perwatakan

Opah ialah seorang warga emas yang berlemah-lembut anginnya jika dibandingkan dengan cucunya Ros, khususnya ketika melayan kenakalan Upin dan Ipin, sehingga dia disangka memanjakan adik-beradik kembar itu. Dia kaya dengan pengetahuan duniawi dan keagamaan. Walaupun usianya lanjut, namun dia tetap kuat badan dan ingatannya. Usianya boleh dibayangi dengan memori hidup sewaktu zaman Jepun dalam episod “Kami 1Malaysia”.