“Marvelous! Marvelous!”
— Slogan kata Jarjit
Jarjit Singh merupakan seorang kawan sekelas Upin dan Ipin, dan juga watak “pelawak” utama dalam siri ini yang terkenal dengan pantun “dua tiganya”.
Maklumat peribadi | |
Nama sebenar | Jarjit Singh |
Nama panggilan | Jarjit |
Kaum | Melayu |
Jantina | Lelaki |
Umur | 5 tahun |
Warna mata | Perang |
Rambut | Hitam |
Pekerjaan | Pelajar di Tadika Mesra |
Hobi | Bermain bersama kawan-kawan |
Berpantun dan mencipta pantun | |
Status | Hidup |
Sekutu | Kampung Durian Runtuh |
Tadika Mesra | |
Keluarga | Ayah Jarjit |
Ibu Jarjit | |
Adik Jarjit |
Rupa
Muka Jarjit berbentuk kurus membujur bagai buah zaitun, dan kulitnya lebih gelap berbanding kawan-kawannya yang lain. Sebagai penganut agama Sikh, dia sentiasa memakai patka untuk mengikat rambutnya yang tidak terpotong dalam bentuk bebola.
Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi berjalan, dia akan memakai baju sukan sekolah berwarna biru gelap.
Perwatakan
Sebagai “pelawak kelas”, Jarjit sering mencuit hati penonton dengan pantun dua kerat yang bermula dengan “Dua tiga” tanpa mengira keadaan, sama ada menanyakan atau menjawab soalan, mahupun meraikan sesuatu yang menggembirakan atau meratapi sesuatu yang memilukan. Sesetengah reaksi yang dibuatnya pun agak melucukan, terutamanya apabila meraung kerana kesakitan; biarpun betul-betul sakit namun pembawaannya umpama berpura-pura sakit.