“Ijat tidak lancar membaca.”
— Penerangan ringkas mengenai Ijat dalam lagu Gembira Bermain
Ijat merupakan salah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin. Dia terkenal sebagai watak yang berat mulut dan jarang bercakap.
MAKLUMAT PERIBADI | |
Nama sebenar | Muhammad Izzat |
Nama panggilan | Ijat |
Kaum | Melayu |
Jantina | Lelaki |
Umur | 5 tahun |
Warna mata | Perang |
Rambut | Hitam |
Pekerjaan | Pelajar di Tadika Mesra |
Hobi | Bermain bersama kawan-kawan |
Status | Hidup |
Sekutu | Tadika Mesra Kampung Durian Runtuh |
Keluarga | Ibu Ijat Pak cik Ijat |
Rupa
Sedangkan kebanyakan rakan-rakan sekelasnya berwarna kulit sawo matang, kulit Ijat pula sama warnanya dengan Jarjit. Mukanya berbentuk lebih kurang segi empat bujur.
Perwatakan
Oleh sebab kurang pandai atau malu bercakap (tetapi bukannya tidak boleh), Ijat selalunya berkomunikasi dengan mencungap-cungap. Dalam episod “Seronoknya Membaca”, dia juga menunjukkan rasa malu untuk membacakan buku cerita di depan kelas, mungkin disebabkan dia lambat menyerap apa yang diajarkan berbanding murid-murid lain. Dia sering pengsan secara misterius kerana menunjukkan rasa takut.
Kawan Ijat yang paling akrab ialah Dzul yang mampu memahami cungap-cungapannya dan bertindak sebagai “jurubahasa” untuknya.