Ipin

Betul betul betul!
— Slogan kata utama Ipin

 

Ipin ialah satu watak utama dan eponim dalam siri Upin & Ipin. Dia merupakan adik kembar kepada Upin, adik kepada Ros dan cucu kepada Opah. Nama penuh Ipin dapat dilihat dari episod Bijak Sifir.

Maklumat peribadi
Nama sebenar Ariffin bin Abdul Salam
Nama panggilan Ipin
Budak ‘Assalamualaikum’
Toyol (Salleh dan Upin)
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur 4 tahun (Musim 1)
5 tahun (Musim 2-kini)
Warna mata Perang
Rambut Tiada (botak)
Pekerjaan Pelajar di Tadika Mesra
Hobi Bermain
Membantu Tok Dalang
Status Hidup
Sekutu Tadika Mesra
Kampung Durian Runtuh
Keluarga Opah (Nenek)
Upin (Abang kandung)
Kak Ros (Kakak)
Abdul Salam (Bapa)

 

Rupa

Walaupun Upin dan Ipin merupakan kembar seiras yang sama-sama botak, Ipin dibezakan kerana Upin kerana tiada sehelai rambut seperti Upin, dan biasanya memakai baju singlet biru yang tertera huruf “I”, serta sehelai kain napkin merah kecil yang diikat di keliling leher dan berlabuh pada belakangnya.

Secara asasnya, warna pemakaian bagi Ipin ialah warna biru.

Sekiranya dia pergi ke surau, pakaiannya pada permulaan ialah baju Melayu berwarna merah dengan bersongkok dan berketayap pada musim kedua hingga keempat. Namun, bermula musim kelima, pemakaiannya berubah kepada baju Melayu berwarna biru dengan masih memakai ketayap.

Pakaiannya ketika Hari Raya Aidilfitri ialah baju Melayu biru dan bersamping biru. Songkoknya pula berwarna hitam dengan lilitan renda biru. Namun, pada promo Hari Raya Aidilfitri 2020, dia memakai tanjak, juga berwarna biru. Tetapi, pada musim pertama, dia memakai baju Melayu berwarna biru.

Ketika menjadi seorang detektif, pemakaiannya masih sama, iaitu warna biru. Cuma, dia akan memakai baju kemeja berlengan panjang putih, dengan bertali leher berwarna kuning (berlawanan dengan Upin). Di bahagian luar, dia memakai kot labuh sehingga mencecah paras paha, berwarna biru. Dia memakai seluar berwarna perang, dan berkasut hitam. Dia juga memakai topi biru dan bercermin mata.

Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi berjalan, dia akan memakai baju sukan sekolah berwarna biru.

Perwatakan

Sebagai si adik, Ipin menunjukkan perwatakan seakan pak turut yang bersetuju sahaja dengan abangnya atau sesiapa sahaja yang berbual dengannya setiap kali, dengan membalas kata-kata itu dengan mengulangi satu kata tiga kali dalam satu ayat, misalnya “Betul betul betul” atau “Sedap sedap sedap”. Ipin juga memperlihatkan rasa gemarnya akan makan ayam goreng, sehingga dia pernah sekali sanggup beli ayam goreng secara berlebihan walaupun belum tentu makan sampai habis.

Sama seperti Upin, Ipin cenderung untuk tidak berpisah dengan abang kembarnya walau di mana sahaja. Dia akan merasa kesunyian sekiranya Upin tidak berada di sisinya.

Trivia

  • Menurut pihak produksi, rambut Ipin botak agar kos produksi dapat dikurangkan.
  • Mengikut konsep awal, Ipin hanyalah watak sampingan yang menunjukkan jalan kepada Badrol dan Lim pada filem Geng: Pengembaraan Bermula. Namun, watak Ipin akhirnya dijadikan watak eponim dalam siri Upin & Ipin.
  • Ipin berkongsi pelakon suara yang sama dengan Upin.
  • Ipin merupakan watak protagonis lelaki kedua dalam animasi Malaysia yang disuarakan oleh perempuan selepas Upin.
    • Ipin merupakan watak protagonis lelaki kedua yang disuarakan oleh Nur Fathiah Diaz. Dia juga merupakan watak kedua daripada lima watak yang disuarakan oleh Fathiah.
    • Sebelum pengunduran Fathiah, Asyiela Putri sudahpun menjadi pengisi suara watak Ipin bagi bahasa Inggeris pada musim ketiga.
  • Slogan kata utama Ipin sepanjang siri ialah “Betul, betul, betul”.
  • Satu ciri menarik dalam lenggok bahasa Ipin ialah slogan kata “Betul, betul, betul”. Dia akan menunjukkan jari telunjuk, seolah-olah menunjukkan gaya menunjuk. Perlakuannya itu dilakukan apabila ingin mengakui dan menyokong kata-kata seseorang dan kadang-kadang sebagai respons terhadap seseorang. Perlakuannya itu juga dilakukan oleh orang lain seperti Upin dan Opah, sebagai contoh.
    • Gaya perlakuannya semasa mengatakan slogannya dijadikan gaya pergerakan asas dalam lagu Jeng, Jeng, Jeng!
    • Hanya Ipin satu-satunya watak yang dapat menyebut slogannya dengan lenggok gaya yang sempurna memandangkan itulah apa yang dikatakannya setiap hari. Tiada watak yang dapat menyebut slogan Ipin dengan lenggok gayanya, termasuklah Upin seperti dalam episod ‘Metrobot Bergabung!’.
  • Dalam episod Tamak, Ipin didedahkan menyukai semua jenis ayam yang terdapat di bazar.
  • Dalam episod Hasil Tempatan, dia juga didedahkan menyukai semua jenis buah-buahan.
  • Ipin ditunjukkan sangat gemar menyukai ayam goreng sehinggakan layang-layangnya berbentuk ayam pada episod Terbang Tinggi-Tinggi.
  • Menurut Asyiela, suara Ipin lebih tinggi daripada Upin. Hal ini didedahkan dalam video di sebalik tabir filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!.
  • Ipin memenangi lebih banyak permainan apabila bermain bersama kawan-kawannya.
  • Ipin bersama Upin mempunyai akaun Instagramnya yang dimiliki bersama.
    • Mereka juga mempunyai akaun Tik Tok, juga dimiliki bersama.
  • Dalam akaun Instagramnya, Ipin mendedahkan bahawa dia mempelajari bahasa Indonesia daripada Susanti.
  • Ipin merupakan watak yang paling diminati oleh penonton melalui video yang dimuat naik di YouTube Les’ Copaque.

Upin

Hai! Saya Upin. Yang ini adik saya Ipin!
— Upin setiap kali memperkenalkan diri kepada orang lain

 

Upin ialah satu watak utama dan eponim siri Upin & Ipin. Dia merupakan abang kembar kepada Ipin, adik kepada Ros dan cucu kepada Opah. Seorang budak kembar yang riang dan ceria, dia bersama-sama kawan-kawannya hdup dalam satu komuniti Kampung Durian Runtuh. Nama penuh Upin dapat dilihat dari episod Bijak Sifir.

Maklumat peribadi
Nama sebenar Aruffin bin Abdul Salam
Nama panggilan Upin
Budak ‘Assalamualaikum’ (Tok Dalang)
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur 4 tahun (Musim 1)
5 tahun (Musim 2-kini)
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Pelajar di Tadika Mesra
Hobi Bermain
Belajar
Membantu Tok Dalang
Status Hidup
Sekutu Tadika Mesra
Kampung Durian Runtuh
Keluarga Opah (Nenek)
Ipin (Adik kembar)
Kak Ros (Kakak)
Abdul Salam (Bapa)

 

Sejarah

Upin mula ditunjukkan pada episod sulung siri Upin & Ipin. Ketika itu, dia yang berusia empat tahun mula mempelajari erti puasa bersama adik kembarnya, Ipin. Dengan bimbingan daripada Opah dan Kak Ros, mereka berjaya memahami dan mempraktikkan ibadah puasa.

Upin bersama adik kembarnya menginjak usia ke lima tahun pada tahun berikutnya. Kali ini, mereka bersekolah di Tadika Mesra dan berkenalan dengan rakan-rakan dan guru baru. Dari situ, mereka mula mempelajari erti dan cabaran kehidupan.

Rupa

Walaupun Upin dan Ipin merupakan pasangan kembar seiras dan sama-sama berkepala botak, Upin dapat dibezakan dengan Ipin kerana ada sehelai rambut berpilin yang menonjol di atas kepala botaknya, serta sering memakai singlet kuning yang tertera huruf “U”. Warna asas dalam pemakaiannya sehari-hari ialah warna kuning.

Sekiranya dia pergi ke surau, pakaiannya pada permulaan ialah baju Melayu berwarna putih dengan bersongkok dan berketayap pada musim kedua hingga keempat. Namun, bermula musim kelima, pemakaiannya berubah kepada baju Melayu berwarna kuning dengan ketayap yang dapat ditembusi oleh rambutnya yang berpilin.

Pakaiannya ketika Hari Raya Aidilfitri ialah baju Melayu kuning dan bersamping kuning. Songkoknya pula berwarna kuning dengan lilitan renda kuning. Namun, pada promo Hari Raya Aidilfitri 2020, dia memakai tanjak, juga berwarna kuning. Tetapi, pada musim pertama, dia memakai baju Melayu berwarna biru.

Ketika menjadi seorang detektif, pemakaiannya masih sama, iaitu warna kuning. Cuma, dia akan memakai baju kemeja berlengan panjang putih, dengan bertali leher berwarna biru (berlawanan dengan Ipin). Di bahagian luar, dia memakai kot labuh sehingga mencecah paras paha, berwarna kuning. Dia memakai seluar berpetak berwarna perang, dan berkasut hitam. Dia juga memakai topi kuning dan bercermin mata.

Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi berjalan, dia akan memakai baju sukan sekolah berwarna kuning.

Perwatakan

Upin lebih banyak bercakap berbanding Ipin dalam siri. Sebagai abang, Upin banyak menunjukkan sifat keketuaan kepada Ipin, dan lebih banyak mencari akal dan merancang untuk adiknya berbanding yang sebaliknya. Apabila tidak bernakal, Upin turut membetulkan kesilapan Ipin. Upin jarang sekali berjauhan dengan Ipin, menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan. Adakalanya dia sanggup turun ke barisan hadapan untuk melindungi adik kembarnya, walaupun sedar akan ancaman nyawanya (dibuktikan di filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal).

Upin juga tidak menyukai suasana kelam kabut apabila berlaku sesuatu masalah. Dia juga amat prihatin dengan kawan-kawannya sehingga terpaksa mengorbankan masa dan peluangnya sendiri. Dia juga menunjukkan sifat kepimpinannya kepada kawan-kawannya. Upin seorang yang mudah diajak untuk bermain, tetapi kadang-kadang bersifat serius apabila ada yang mempermainkannya.

Dia juga sangat mengambil berat perihal kawan-kawannya. Sekiranya ada kawannya yang ditimpa masalah, dia akan segera datang membantu. Sekiranya ada antara mereka yang sedih, dia juga cenderung untuk berasa sedih.

Trivia

  • Mengikut konsep awal, Upin hanyalah watak sampingan yang menunjukkan jalan kepada Badrol dan Lim pada filem Geng: Pengembaraan Bermula. Namun, watak Upin akhirnya dijadikan watak eponim dalam siri Upin & Ipin.
    • Menurut Hj. Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque, Upin bersama dengan Ipin dijadikan sebagai watak eponim sebagai percubaan untuk menilai sejauh mana kemampuan Upin dan Ipin diterima oleh masyarakat sebelum filem Geng diterbitkan.
    • Upin juga hanya berperanan sebagai penampilan istimewa dalam filem itu. Namun, kepopularitian yang diraih Upin menyebabkan dia diiktiraf sebagai salah seorang daripada empat protagonis dalam filem itu.
  • Upin berkongsi pelakon suara yang sama dengan Ipin.
  • Upin merupakan watak protagonis pertama dalam animasi Malaysia yang disuarakan oleh perempuan.
    • Upin merupakan watak protagonis lelaki pertama yang disuarakan oleh Nur Fathiah Diaz. Dia juga merupakan watak pertama daripada lima watak yang disuarakan oleh Fathiah.
    • Sebelum pengunduran Fathiah, Asyiela Putri sudahpun menjadi pengisi suara watak Upin bagi bahasa Inggeris pada musim ketiga.
  • Upin dapat dibezakan dengan Ipin melalui rambutnya yang berpilin.
  • Setiap kali melakukan sesuatu perkara, Upin akan mendahului dalam semua tindakannya.
  • Warna kegemaran Upin ialah warna kuning. Antara beberapa episod yang membuktikan minatnya kepada warna kuning ialah:
    • Sayang Kak Ros, musim kedua
    • Rasa Sayang, musim keempat
    • Warna-Warni, musim kelapan
    • Upin Ipin Angkasa, musim kelapan
  • Dalam episod Animasi Terakhir, Upin didedahkan sebab mengapa rambutnya berpilin. Rambutnya direka agar kos dapat dikurangkan.
  • Tarikh lahir Upin sama dengan Ipin, iaitu pada 16 September.
  • Berdasarkan usia Upin dalam musim kedua, kemungkinan tahun kelahiran Upin ialah pada tahun 2003. Namun, pihak produksi tidak menaikkan umur mereka agar jalan cerita dapat berterusan sekaligus tidak menjejaskan jalan cerita Upin & Ipin.
  • Cita-cita Upin ialah angkasawan. Walau bagaimanapun, dalam episod Sedia Menyelamat, dia bercita-cita untuk menjadi bomba. Cita-citanya bertukar sekali lagi kepada askar dalam episod Upin & Ipin Kesayanganku sebelum kembali kepada angkasawan semula dalam episod Upin Ipin Angkasa.
  • Upin bersama Ipin mempunyai akaun Instagram yang tersendiri.
    • Upin juga mempunyai akaun Tik Tok yang dikongsi bersama dengan Ipin.
  • Menurut akaun Instagram Upin dan Ipin:
    • Upin sudah mahir dalam membaca tulisan Jawi (dibuktikan lebih awal lagi dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ketika dia membaca mantera keris itu) melalui gambar yang dimuat naik pada setiap hari Jumaat (sempena Hari Jawi di Malaysia).
    • Upin mempelajari bahasa Indonesia dengan bantuan Susanti.
  • Upin merupakan watak kedua yang paling diminati oleh penonton melalui video yang dimuat naik di YouTube Les’ Copaque.