Izham

Izham, atau nama penuhnya Izham bin Mail merupakan abang kepada Mail. Dia mula muncul dalam episod Barang Baik, Barang Kita, musim ke-14. Dia juga merupakan imam bertugas di surau kampung.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Izham bin Mail
Nama panggilan Abang Iz
Iz (Kak Ros)
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Pelajar universiti
Peniaga
Imam surau
Hobi Berniaga
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Keluarga Ismail bin Mail (adik)
Mail (bapa)

Rupa

Izham lazimnya memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih dengan seluar jeans berwarna biru. Dia memakai apron berwarna hijau dengan bintang kuning di tengah-tengahnya (diilhamkan daripada baju Mail).

Ketika hari raya atau di masjid, Izham akan memakai kurta berwarna putih dengan lengan berwarna coklat. Dia memakai seluar biru, dengan serban dan selendang berwarna coklat.

Perwatakan

Izham ditunjukkan sebagai seorang yang tenang dan peramah. Walau bagaimanapun, dia akan bersikap serius apabila perlu.

Izham juga petah berkata-kata dan mampu melawan kembali kata-kata lawan. Walaupun begitu, dia akan cepat berasa panik jika berhadapan dengan situasi luar jangka. Dia juga seorang yang alim dalam ilmu agama, memandangkan dia merupakan lepasan sekolah tahfiz.

Trivia

  • Izham pada asalnya hanyalah watak sampingan yang diperkenalkan dalam siri Upin & Ipin. Namun, dia telah dinaikkan ke salah seorang watak utama siri Upin & Ipin bermula musim ke-15.
  • Dia juga merupakan usahawan bagi produknya iaitu keropok rumpai laut. Produknya telah berjaya menembusi pasaran global seperti Korea Selatan dan Jepun.
  • Sama seperti adiknya, Izham juga pelat menyebut huruf R.
  • Selain kebolehan menghafaz al-Quran dan berniaga, dia juga berkebolehan dalam menghasilkan kraf tangan dan bermain alat muzik seperti ukulele.
  • Selain mengusahakan keropok rumpai laut, dia juga memiliki kedai runcit di Kampung Durian Runtuh.

Tiger

Tiger ialah nama timangan bagi Amin, seorang pengajar, dan satu-satunya pengajar lelaki di Tadika Mesra. Dia mengajar kelas Bakti di mana dia mengajar (dan melatih) murid-murid yang serba kuat semangat. Perwatakannya agak janggal untuk seorang guru tadika kerana dia gemar menunjuk-nunjuk kekuatan dirinya di khalayak umum.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Amin
Nama panggilan Cikgu
Cikgu Tiger
Abang Tiger
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Guru di Tadika Mesra
Hobi Tidak diketahui
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Tadika Mesra
Keluarga Tidak diketahui

Rajoo

Rajoo ialah seorang kawan kepada Upin dan Ipin yang lebih besar umurnya. Dia merupakan seorang watak penting dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, dan juga muncul dalam siri TV Upin & Ipin sehingga penampilannya yang terakhir dalam musim ketiga. Akan tetapi, dia muncul semula dalam iklan ucapan Deepavali 2012 dan episod Pesta Cahaya, musim kesepuluh.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Rajoo
Nama panggilan Thamby (Muthu)
Rajoo
Kaum India
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Hitam
Rambut Putih (Uban)
Pekerjaan Tidak diketahui
Hobi Bermain alat muzik
Bermain bersama Sapy
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Keluarga Muthu (bapa)

Rupa

Rajoo ialah seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang kurus-kering. Rambutnya cuma seikal di tengah-tengah kulit kepala yang disikat ke dahi. Di antara bulu keningnya terdapat sebutir bindi yang menandakan dia beragama Hindu. Dia sering memakai baju singlet yang berwarna biru gelap.

Perwatakan

Dalam filem Geng, Rajoo menunjukkan kebolehan istimewanya iaitu boleh bercakap dengan haiwan, terutamanya lembu belaannya, Sapy, apatah lagi makhluk-makhluk ganjil seperti Oopet.

Trivia

  • Geng: Pengembaraan Bermula merupakan penampilan terakhirnya beserta dengan suara. Menurut Hj. Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque, Rajoo terpaksa dikeluarkan daripada senarai watak Upin & Ipin kerana kesukaran bagi pelakon suaranya, Kannan a/l Rajan untuk membawakan watak ini susulan banyak studio perfileman yang menawarkannya untuk berlakon dalam filem mereka selepas kejayaan filem pertama Les’ Copaque itu.
  • Selain Badrol dan Lim, Rajoo merupakan antara watak terawal yang diperkenalkan oleh pihak Les’ Copaque, iaitu sewaktu filem pendek keluaran syarikat, iaitu Geng: The Beginning mula ditayangkan pada tahun 2006.

Ah Tong

Ah Tong ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang berketurunan Cina. Dia menyandang pelbagai pekerjaan dalam siri Upin & Ipin, seperti penjaga dusun getah, petani, peniaga hasil tanaman, pengumpul barang kitar semula dan juga tukang bina.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Ah Tong
Nama panggilan Uncle
Uncle Ah Tong
Ah Tong
Kaum Cina
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Putih (Uban)
Pekerjaan Pengusaha ladang getah
Peniaga barang terpakai
Hobi Tidak diketahui
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Keluarga Tidak diketahui

Ah Tong seorang pedagang yang berpakaian serba merah dan selalu berbicara dengan dialek Cina yang kuat. Dalam seri TV Upin & Ipin, dia dilihat dalam episode Ambil Galah Tolong Tunjukkan di mana dia membeli rambutan dari Upin, Ipin dan kawan-kawannya dan dia juga bekerja sebagai pengepul keliling.

Salleh

Salleh ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang terkenal sebagai “lelaki lembut”, iaitu lelaki yang bersifat keperempuanan.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Salleh
Nama panggilan Abang Salleh
Salleh
Sally
Silly (Muthu)
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Pemburu haram (dahulu)
Peniaga dalam talian
Pengusaha ‘Jari-Jemari Salleh’
Pustakawan
Pengarah filem
DJ Radio
Hobi Menggubah dan menghias barangan pengantin
Melayari Internet
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Jari-Jemari Salleh
Keluarga Tidak diketahui

Rupa

Muka Salleh berbentuk segi tiga dan bentuk badannya kurus langsing. Dia selalu memakai kain merah pada kepalanya. Walau bagaimanapun, dia kelihatan tidak lagi memakai kain merah itu pada musim ke-14.

Perwatakan

Sebagai lelaki yang berjiwa perempuan, Salleh gemar menggelar dirinya sebagai “Sally”. Bukan setakat keperempuanan, malah cepat berang apabila berdepan dengan situasi yang menyusahkan, khususnya apabila Upin, Ipin dan kawan-kawannya mengusik kerjanya atau mengusik harta bendanya. Apapun, Salleh dianggap peramah oleh kanak-kanak kerana bijaksana dalam banyak perkara, apalagi berkali-kali bertukar pekerjaan sepanjang siri ini, baik sebagai pustakawan mahupun peniaga Internet.

Walau bagaimanapun, kesan daripada berkawan dengan Izham dan Badrol, perwatakan Salleh bertukar kepada menjadi lebih kejantanan.

Muthu

Muthu ialah pegerai makanan yang paling dikenali ramai di Kampung Durian Runtuh. Dia merupakan bapa kepada Rajoo.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Muthu
Nama panggilan Uncle Muthu
Muthu
Kaum India
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Hitam
Rambut Hitam
Pekerjaan Pemilik warung Muthu
Tukang masak
Hobi Mendengar radio
Memasak
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Keluarga Rajoo (anak lelaki)

Uncle Muthu merupakan salah satu pedagang makanan di Kampung durian runtuh. Makanan dan minuman yang ia jual ialah Roti ikan, Roti telur, Nasi lemak, Nasi goreng, Nasi goreng pattaya, Ayam goreng, Mie goreng, Telur mata sapi, Teh tarik, Es ABCD, Es ABC. Uncle Muthu biasanya mengenakan singlet dan sarung, dan juga Uncle Muthu juga cenderung sering mengulang kalimat yang sering diucapkan, khususnya AYOYO…..

Melati

Cikgu Melati ialah guru kelas Aman di Tadika Mesra, menggantikan Cikgu Jasmin yang pergi menimba ilmu di Kuala Lumpur mulai episod “Terima Kasih Cikgu!”.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Melati
Nama panggilan Cikgu Melati
Cikgu
Kaum Melayu
Jantina Perempuan
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Guru bagi kelas Aman di Tadika Mesra
Hobi Menari
Status Hidup
Sekutu Tadika Mesra
Kampung Durian Runtuh
Keluarga Tidak diketahui

Rupa

Cikgu Melati boleh disifatkan sebagai seorang pemudi yang berwajah ayu dan molek dan berbadan ramping. Kepalanya agak kecil dan matanya agak besar jika dibandingkan dengan watak-watak dewasa yang lain.

Perwatakan

Cikgu Melati merupakan seorang guru yang ceria, manis dan peramah. Dia gemar mengangkat isyarat V dekat dahi sewaktu mengajar.

Jasmin

Cikgu Jasmin merupakan guru kelas Aman di Tadika Mesra yang berkhidmat semenjak sebelum hari pertama Upin dan Ipin sekawan bersekolah, hinggalah episod “Terima Kasih Cikgu!”, yang mana dia terpaksa meninggalkan tadika untuk menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur dan dia digantikan oleh Cikgu Melati.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Jasmin
Nama panggilan Cikgu
Cikgu Jasmin
Kaum Melayu
Jantina Perempuan
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Tidak diketahui (memakai sanggul tudung)
Pekerjaan Guru bagi kelas Aman di Tadika Mesra (dahulu)
Pelajar di universiti di Kuala Lumpur
Hobi Tidak diketahui
Status Hidup
Sekutu Tadika Mesra (dahulu)
Keluarga Tidak diketahui

Rupa

Cikgu Jasmin biasanya memakai baju kebaya putih kebiruan dan sanggul tudung putih berbunga biru kabur-kabur. Dia selalu memakai solekan ke kelas, paling ketara sekali pada celah bulu kening dan mata serta pipi.

Perwatakan

Cikgu Jasmin dikenali dengan pembawaannya yang ramah mesra dengan murid-murid. Walaupun begitu, sebagai guru, dia bertindak tegas demi mendisiplinkan murid-murid dan pernah bertempik apabila kelas menjadi terlalu kecoh.

Devi

Devi ialah seorang watak kecil dalam siri Upin & Ipin. Disebabkan peranannya yang kecil, tidak banyak yang diketahui tentang Devi selain bahawa dia berkawan rapat dengan murid-murid perempuan yang lain dari Tadika Mesra iaitu Mei Mei dan Susanti.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar
Nama panggilan Devi
Kaum India
Jantina Perempuan
Umur 5 tahun
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Pelajar di Tadika Mesra
Hobi Bermain bersama kawan-kawan
Status Hidup
Sekutu Tadika Mesra
Keluarga Tidak diketahui

Trivia

  • Dalam musim ke-2, senarai nama murid-murid kelas Aman menyenaraikan pelajar adalah bernama Priya.
  • Tetapi mulai musim ke-4, nama watak adalah bernama Devi seperti yang terdapat di kredit akhir episod Anak Harimau.
  • Watak Priya memakai cekak rambut berwarna jingga. Watak Fathiah juga memakai cekak rambut berwarna merah.
  • Watak Devi tidak memakai cekak rambut.

Ijat

Ijat tidak lancar membaca.
— Penerangan ringkas mengenai Ijat dalam lagu Gembira Bermain

Ijat merupakan salah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin. Dia terkenal sebagai watak yang berat mulut dan jarang bercakap.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Muhammad Izzat
Nama panggilan Ijat
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur 5 tahun
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Pelajar di Tadika Mesra
Hobi Bermain bersama kawan-kawan
Status Hidup
Sekutu Tadika Mesra
Kampung Durian Runtuh
Keluarga Ibu Ijat
Pak cik Ijat

 

Rupa

Sedangkan kebanyakan rakan-rakan sekelasnya berwarna kulit sawo matang, kulit Ijat pula sama warnanya dengan Jarjit. Mukanya berbentuk lebih kurang segi empat bujur.

Perwatakan

Oleh sebab kurang pandai atau malu bercakap (tetapi bukannya tidak boleh), Ijat selalunya berkomunikasi dengan mencungap-cungap. Dalam episod “Seronoknya Membaca”, dia juga menunjukkan rasa malu untuk membacakan buku cerita di depan kelas, mungkin disebabkan dia lambat menyerap apa yang diajarkan berbanding murid-murid lain. Dia sering pengsan secara misterius kerana menunjukkan rasa takut.

Kawan Ijat yang paling akrab ialah Dzul yang mampu memahami cungap-cungapannya dan bertindak sebagai “jurubahasa” untuknya.