Izham

Izham, atau nama penuhnya Izham bin Mail merupakan abang kepada Mail. Dia mula muncul dalam episod Barang Baik, Barang Kita, musim ke-14. Dia juga merupakan imam bertugas di surau kampung.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama sebenar Izham bin Mail
Nama panggilan Abang Iz
Iz (Kak Ros)
Kaum Melayu
Jantina Lelaki
Umur Tidak diketahui
Warna mata Perang
Rambut Hitam
Pekerjaan Pelajar universiti
Peniaga
Imam surau
Hobi Berniaga
Status Hidup
Sekutu Kampung Durian Runtuh
Keluarga Ismail bin Mail (adik)
Mail (bapa)

Rupa

Izham lazimnya memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih dengan seluar jeans berwarna biru. Dia memakai apron berwarna hijau dengan bintang kuning di tengah-tengahnya (diilhamkan daripada baju Mail).

Ketika hari raya atau di masjid, Izham akan memakai kurta berwarna putih dengan lengan berwarna coklat. Dia memakai seluar biru, dengan serban dan selendang berwarna coklat.

Perwatakan

Izham ditunjukkan sebagai seorang yang tenang dan peramah. Walau bagaimanapun, dia akan bersikap serius apabila perlu.

Izham juga petah berkata-kata dan mampu melawan kembali kata-kata lawan. Walaupun begitu, dia akan cepat berasa panik jika berhadapan dengan situasi luar jangka. Dia juga seorang yang alim dalam ilmu agama, memandangkan dia merupakan lepasan sekolah tahfiz.

Trivia

  • Izham pada asalnya hanyalah watak sampingan yang diperkenalkan dalam siri Upin & Ipin. Namun, dia telah dinaikkan ke salah seorang watak utama siri Upin & Ipin bermula musim ke-15.
  • Dia juga merupakan usahawan bagi produknya iaitu keropok rumpai laut. Produknya telah berjaya menembusi pasaran global seperti Korea Selatan dan Jepun.
  • Sama seperti adiknya, Izham juga pelat menyebut huruf R.
  • Selain kebolehan menghafaz al-Quran dan berniaga, dia juga berkebolehan dalam menghasilkan kraf tangan dan bermain alat muzik seperti ukulele.
  • Selain mengusahakan keropok rumpai laut, dia juga memiliki kedai runcit di Kampung Durian Runtuh.