Mei Mei ialah seorang kawan Upin dan Ipin yang belajar bersama mereka di Tadika Mesra.
Maklumat peribadi | |
Nama sebenar | Xiao Mei Mei |
Nama panggilan | Mei Mei |
Kaum | Cina |
Jantina | Perempuan |
Umur | 4 tahun (Musim 1) |
5 tahun (Musim 2-kini) | |
Warna mata | Perang |
Rambut | Hitam |
Pekerjaan | Pelajar di Tadika Mesra |
Hobi | Bermain masak-masak |
Membaca buku | |
Status | Hidup |
Sekutu | Kampung Durian Runtuh |
Tadika Mesra | |
Keluarga | Ibu dan Ayah Mei Mei |
Rupa
Pemakaian Mei Mei sehari-hari berasaskan dua warna, sama ada merah atau merah jambu. Asalnya, pemakaian Mei Mei ialah pinafore berwarna merah dengan corak arnab, dengan baju putih di bahagian dalam, disertakan dengan skirt, juga berwarna merah. Pemakaian ketika melakukan aktiviti pula ialah baju berwarna biru tua di bahagian dalam, dengan pinafore berwarna merah jambu. Seluarnya pula berwarna biru tua, dengan kasut merah jambu (kadang-kadang berwarna merah). Namun, di musim-musim kemudian, pakaian keduanya menjadi pakaian utama.
Dalam episod Buku Nota Jarjit, pemakaiannnya sebagai seorang detektif adalah berbeza. Dia memakai baju berwarna merah dengan bow tie di leher, juga berwarna merah. Di luar, dia memakai jaket berpetak dengan seluar biru tua. Dia juga berstoking merah tua dan berkasut hitam, serta memakai topi berwarna merah, dan berpayung, juga dengan warna yang sama.
Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi berjalan, dia akan memakai baju sukan sekolah berwarna merah jambu.
Perwatakan
Mei Mei ialah seorang bersifat manis dan berbudi pekerti. Dia juga seorang murid yang pandai, mudah bersabar dan cepat bertindak jika kawan-kawannya menghadapi masalah atau membuat kesilapan. Dia sering dilihat bermain bersama Susanti.