Ros ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin, dan cucu kepada Opah. Upin, Ipin dan kawan-kawan yang sebaya dengan mereka semua memanggilnya Kak Ros.
Maklumat peribadi | |
Nama sebenar | – |
Nama panggilan | Kak Ros |
Akak (oleh Upin dan Ipin) | |
Kaum | Melayu |
Jantina | Perempuan |
Umur | Tidak diketahui |
Warna mata | Hitam |
Rambut | Tidak diketahui |
Pekerjaan | Pelajar |
Pelukis komik | |
Hobi | Melukis komik |
Menyanyi | |
Status | Hidup |
Sekutu | Keluarga Opah |
Kampung Durian Runtuh | |
Keluarga | Upin dan Ipin (Adik lelaki) |
Opah (Nenek) | |
Abdul Salam (Ayah) |
Rupa
Ros ialah seorang gadis remaja yang belajar di sekolah menengah. Di rumah, Ros sentiasa memakai baju kurung. Tetapi pemakaiannya berubah sejak beberapa musim terbaru; dia kelihatan berpakaian baju berlengan panjang berwarna merah jambu keunguan dan berseluar seakan seluar sukan yang panjang. Dia hanya bertudung jika sewaktu hari bersekolah, atau berhari raya.
Perwatakan
Ros bersikap tegas terhadap adik-adiknya, dan sering memarahi Upin dan Ipin sesekali dia mendapati mereka bernakal. Kadang-kadang sikap tegas terhadap adik-adiknya itu ditegur oleh Opah yang lebih berlembut dengan adik-beradik kembar itu. Sungguhpun demikian, Ros tetap menyayangi Upin dan Ipin walau apapun.